Welcome to Little Blue Cafe :)|| Fanfic List or My Official Blog

2nd Synopsis: Twinkle love

Annyeong. Ok. 2nd Synopsis of Twinkle Love. Lagi satu karakter, Hwayoung. Omona. Dah lama saya kepingin nak pakai member T-ara. Ingatkan nak pakai Jiyeon tapi dah ramai pakai Jiyeon. Therefore, Hwayoung pilihan hati saya. Rupa Hwayoung ada sama sikit macam Eunjung. Kihkih.

Dalam Twinkle love, Hwayoung ni baik, lurus bendul dan budak macam innocent. Macam watak Eunjung dalam Dream High. Bezanya, Hwayoung tak berubah jadi jahat. Hehe. Eh. Kantoi lagi. Nasibnasib. Hwayoung ni housemate June. Dia jadi pembantu June memandangkan ayah June menggaji dia. Ayah June bagi dia gaji dan scholarship masuk Kara High School. Itu serba sedikit pasal Hwayoung dalam Twinkle Love.

Okey, nak off sekarang. Byebye. Stay twinkle :*

Twinkle Love: 1st Synopsis


Soo June. 16 tahun. Kara High School. Menetap di New York dari kecil. Berpindah ke Seoul, Korea kerana dijodohkan bersama seorang pelajar Kara High School. Sering bersikap dingin. Sombong dengan orang yang tidak dikenali. Hanya sudi berbual bersama pembantunya, Hwayoung.

                                                   ***
Assalammualaikum. Annyeong. Saya, Hasreen Muzammil, yang meninggalkan blog bersawang ini ingin memberitahu, SATU FANFIC akan dilancarkan tidak lama lagi. Okeyy, sebenarnya lama sebab kena tunggu aku balik rumah. Tapi, sementara berada di maktab, saya akan tulis sdikit demi sedikit supaya nanti tapayahlah nak pikeh sampai otak kebabom kan? Hoho.

Ehh, dekat atas tu, itu karakter pertama dalam fanfic saya. Twinkle Love. Inspired by, well, TaeTiSeo of course :D Hoho *gelakmisae* Sebenarnya Twinkle takde kena-mengena pun. Jauh tersasar ceritanya dengan tajuk. Ehh, kantoi.

Last, tolong, tolong, please, jebal, support my fanfic. Kamsahamnida. *Tunduksampai tulangpatah* Annyeong :)

Fanfic list


We Were In Love (3)



KWANGMIN’S POV

Dua bulan selepas itu.

          Aku dan Namjoo berada di Lotte World. Mukanya ceria. Tetapi tidak seceria sebelum ini. Dia mungkin terlupa janji aku padanya, membawanya ke Lotte World sebaik sahaja dia keluar dari hospital.

         “Namjoo, jagiya.” Aku memanggil Namjoo penuh manja. Namjoo berlari pada aku.

         “Kenapa kita ke sini, Kwangmin?” Namjoo bertanya. Dia memandang pelik keadaan Lotte World yang crowded itu.

          “Namjoo mesti tak ingat. Kwangmin janji nak bawa Namjoo ke Lotte World sebaik saja Namjoo keluar dari hospital.” Aku senyum manis padanya. Walaupun hati aku terguris. Siapa yang tidak terasa hati apabila girlfriendnya lupa segala-galanya. Namun, aku mahu mengingatkan segala-galanya pada Namjoo.

           “Oh...” Namjoo kehilangan kata-kata. Dia memang tak ingat semua itu. Dia... dah hilang ingatan. Bersabarlah, Kwangmin. Bersabar.

2 JAM BERADA DI LOTTE WORLD

Namjoo menarik hujung bajuku. Seperti budak kecil pula. Aku memandangnya. Dia menunding pada seorang lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan. Mereka gembira. Mereka...

         “Kwangmin, awak ada kembar?” Namjoo memandangku pelik.

         “Ada. Nama dia Youngmin. Jom pergi pada mereka.” Aku mengajaknya ke Youngmin. Youngmin dan Na Eun.

          Youngmin yang menyedari aku berlari ke arahnya berhenti. Begitu juga Naeun.

          Kami berdiri tepat-tepat di hadapan Youngmin dan Na Eun. Baru sahaja mahu memperkenalkan Youngmin dan Na Eun pada Namjoo, Namjoo menampar pipi Na Eun. Na Eun terkejut. Begitu juga aku dan Youngmin.

          “Aku dah ingat. Kau, Na Eun. Kau yang buat aku macam ni. Kau yang buat aku hilang ingatan. Kau tak layak digelar sepupu aku. Kau!” Namjoo menjerit. Dia sudah kembali ingat dengan hanya memandang Na Eun.

          Air mata Na Eun jatuh bercucuran. Aku menenangkan Namjoo. Antara aku dan Na Eun sudah tiada apa-apa. Na Eun pun sekarang sudah couple dengan Youngmin. Tetapi... Namjoo masih salah faham. Dan dia mugkin tak ingat betapa tulusnya hatinya menjamin Na Eun saat Na Eun terkena hukuman penjara.

          “Namjoo, janganlah macam ni. Kwangmin dah tak bersama dengan Na Eun. Dan Na Eun couple dengan Youngmin. Namjoo ingat tak betapa baiknya hati Namjoo jamin Na Eun dari masuk penjara?” Aku memegang dua bahunya.

           Namjoo menangis. Emosinya berkencang. Antara marah dan sedih. Aku cuba menenangkannya. Na Eun memegang tangan Namjoo yang mulus.

          “Mianhae Namjoo.Namjoo dah banyak kena dugaan dan semuanya sebab Na Eun. Mianhae.” Na Eun melutut di hadapan Namjoo. Na Eun melutut di tengah-tengah Lotte World. Na Eun yang dulu tinggi egonya runtuh dengan hanya mendengar herdikan Namjoo.

          Youngmin mengangkat Na Eun. Tidak betah melihat Na Eun memalukan dirinya di khayalak ramai. Na Eun memeluk Namjoo. Namjoo pula hanya diam. Air matanya bercucuran. Pengunjung-pengunjung Lotte World berhenti melihat drama sebabak.

           Nam Joo...

           Kau bukan macam ni dulu...

           Na Eun menangis memeluk Namjoo. Namjoo pula tidak membalas pelukan Na Eun. Sebaliknya dia menangis. Dia kecewa. Dia kecewa terhadap Na Eun. Na Eun yang dahulunya menggilai aku dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan aku dan Namjoo.

        “Na Eun... kenapa? Kenapa, Na Eun?” Namjoo membalas pelukan Na Eun.

        “Nam joo... mianhae. Mianhae Namjoo. Na Eun dah banyak buat salah pada Namjoo.” Mereka berdua terduduk. Youngmin hanya tersenyum. Apabila bola mata aku dan Youngmin berlaga, aku hanya mampu mengangguk.

                        (http://www.youtube.com/watch?v=rwsLRrVbH1c)
AUTHOR’S POV

Sudah lima tahun berlalu. Hubungan Kwangmin dan Namjoo kekal. Manakala Youngmin dan Na Eun sudah menimang cahaya mata kembar. Keadaan di dewan gamat. Semuanya fokus pada Kwangmin dan Namjoo. Kwangmin segak memakai tuksedo putih. Namjoo pula tersenyum bahagia memakai gaun putih berlabuci.

          Anak kembar Youngmin dan Na Eun pula menjadi ‘flowergirl’ dan ‘flowerboy’ kepada pengantin tersebut. Hari ini, adalah hari yang bermakna buat Kwangmin, Namjoo, Na Eun dan Youngmin. Pada hari inilah terjadinya peristiwa Kwangmin dan Namjoo bersatu. Meniti hari-hari yang mendatang bersama.

          Namjoo dan Na Eun sudah berbaik. Na Eun sudah mempelajari bahawa ego bukanlah sesuatu benda yang bagus. Namjoo juga mengekalkan sikap baik hatinya yang berada di hatinya sebelum dia hilang ingatan. Kwangmin dan Youngmin pula masing-masing sudah matang. Mereka juga semakin saling memahami. Rentetan kisah mereka berakhir dengan happily ever after. Mereka menjadi keluarga besar yang bahagia. Mereka menjadi 'sahabat' yang setia.
  
THE END  official blog     





We Were In Love (2)



YOUNGMIN’S POV


“Saranghaeyo, oppa. Kenapa oppa buat macam ni kat Na Eun?” Suara Na Eun merintih menarik perhatianku.

         “It’s over, Na Eun. Aku sayang Namjoo. Kita dah break, remember? Just... stop.” Suara adik kembarku berkeras.

         Telinga aku menangkap lagi perbualan antara Na Eun dan Kwangmin.

          “Saranghae Kwangmin. Kenapa pilih Namjoo? Everything’s fine until she’s came out of nowhere. We’re the happy couple. Orang semua padankan kita berdua. Sampailah Namjoo berada di sini.”

          “Dia baik. Kau? Menggatal dengan laki lain bila aku takde. Kau tak setia, Na Eun.”

          Suasana senyap. Tangisan merintih kedengaran.

         “Contohnya, abang aku. Kau menggatal dengan abang aku. Kenapa?” Kwangmin berkeras.

         “Saranghae Kwangmin-oppa. Saranghaeyo.”

         “Aku gelilah dengar ayat kau! Blah! Aku benci tengok kau! Sebab kau, Namjoo ada di hospital!” Tamparan kuat bergema di hallway hospital. Na Eun terduduk. Dia menangis. Aku memunculkan diri.

          Kwangmin berjalan melepasi aku. Dia menjeling aku. Aku mengangkat Na Eun yang terduduk. Dia menangis. Dia membenamkan wajahnya pada dadaku.

          “Aku penggatal ke, Youngmin?  Aku ni jahat ke, Youngmin?” Soalan itu ditujukan pada aku.

         “Tak, Na Eun. You’re perfect. Saranghaeyo, Na Eun.” Kata-kata itu terkeluar dari mulut aku. Sememangnya aku menyukai Na Eun sejak kali pertama aku melihat wajah Na Eun. Mata kami bertaut. Terasa debaran kencang pada dadanya.

KWANGMIN’S POV

Doktor Yui memeriksa keadaan Namjoo. Namjoo nampak lemah, tidak seperti semalam. Dia tak mampu senyum padaku.

          Pemeriksaan selesai. Dahi Doktor Yui berkerut. Dia menyuruh aku mengikutnya ke biliknya. Aku hanya menurut.

         “Keadaan Namjoo tenat. Dia hampir terkena hilang ingatan.” Aku terkejut. Tak mungkin. Emosiku berkecamuk. Kolar baju Doktor Yui aku tarik sekuat hatiku.

          “Tak mungkin. Tumor tu dah dibuang. Macam mana dia boleh hilang ingatan?!” Aku tak boleh terima kata-kata Doktor Yui.

          “Sebelum pembedahan, saya dah beritahu, ada dua kemungkinan sekiranya pembedahan ini berjaya. Namjoo mungkin sihat kembali atau hilang ingatan. Dalam kes Namjoo, dia  terkena hilang ingatan. Dia ada mengadu sakit kepala selepas pembedahan?” Doktor Yui bertanya dalam lembut. Mungkin memahami yang aku sedang berfikiran berkecamuk.

          “Ada.” Aku melepaskan kolar Doktor Yui. Aku meraup wajahku.

         “Sabarlah. Let’s just hope for miracles.” Doktor Yui menepuk bahuku. Mahu memberi semangat.

                                                (http://www.youtube.com/watch?v=ULPh57XsCgg)

NAEUN’S POV

 Secara tiba-tiba dia jadi hero pada kejadian aku dibaling makanan.Confession Youngmin mengejutkan aku. Dia sukakan aku? Aku silap dengar ke? Dia lansung tak pernah pandang aku.

         “I’m serious.” Youngmin merenung aku. Bola mata kami berlaga. Aku senyum.


         “Ye ke? Youngmin yang aku kenal suka confess benda-benda mengarut. Lagi satu, Youngmin yang aku kenal ni playboy.” Aku cuba membangkitkan suasana ceria.

          “Oh, sebab tulah kau minat Kwangmin dan bukan aku?” Youngmin pura-pura merajuk.

          “Pembetulan, aku dan Kwangmin pernah couple jadi tiada unsur minat, okey!” Aku... mungkin sudah terima hakikat.

          “Hahaha. Okey. Jangan marah. Tapi, kalau hati kau terbuka untuk aku, kau jangan suka aku sebab muka aku sama dengan Kwangmin, ye? Kau kena suka aku sebab aku adalah aku.” Youngmin sudah berangan-angan.

           “Hmm, kalau hati aku terbuka untuk kau.” Aku menjelir lidah. Kononnya mahu jual mahal.

           “Na Eun...” Youngmin memanggilku lembut. Aku memalingkan kepalaku pada Youngmin.

           “Kau gembira sekarang ni, kan?” Youngmin meneka. Aku tersenyum. Pipi Youngmin yang lembut kucium. Ya, Youngmin. Aku gembira berada dengan kau.

We Were In Love (1)



NAEUN’S POV
Mata aku fokus pada Kwangmin. Hanya Kwangmin. Dia tersenyum penuh riang. Mungkin kerana kemenangan yang dia sumbangkan pada sekolah sebentar tadi. Aku segera menarik lengan Kwangmin.

         “Kwangmin oppa.” Aku merengek bagai anak kecil. Dia terkejut. Dia menepis lengannya. Bebola matanya merah.

         “Yah! Jangan panggil aku oppa!” Kwangmin meninggikan volume suaranya. Rakan-rakannya ‘boo’ pada aku. Pelajar-pelajar yang lain juga menjeling aku. Aku dibaling makanan-makanan di kafeteria. Terlalu besarkah salah aku?

          “Yah!” Aku menjerit. Aku tak tahan. Namun aku tak akan lepaskan Kwangmin.

         Secara tiba-tiba balingan makanan-makanan berhenti. Youngmin, kembar Kwangmin berdiri di hadapan aku. Uniform sekolah putihnya terkena sedikit makanan-makanan. Mukanya tenang. Pelajar-pelajar tadi menikus. 

           “Balinglah makanan-makanan tu kat aku! Aku pun nak rasa!” Youngmin mendepakan lengannya. Matanya menjeling adik kembarnya, Kwangmin.

          Youngmin menarik lenganku. Kami beredar dari kafeteria sekolah. Tangga-tangga yang kami naiki menghantar kami ke rooftop. Mukanya serius. Tidak seperti di dalam kelas.

          “Mianhae. Adik aku berkasar dengan kau.” Kami bercakap face-to-face. Dengan penuh serius.

         Aku senyap. Uniform aku sudah kotor. Kasut sekolahku juga bagaikan sudah dilumur benda yang jijik.

        “Aku patut berhenti. Aku tak patut terus berharap.” Kata-kata itu terpancul secara spontan. Bayangan Namjoo berada di kepalaku.

        “Kau terlalu sayangkan Kwangmin. Kau tak mahu dia berada di tangan orang lain. Na Eun, you have to learn that sometimes it isn't love. It's just a feeling, a sudden feeling & you just overreacted.” Youngmin memelukku yang sudah berbau busuk.

        Aku menangis dalam dakapan Youngmin. Mungkin, kata-katanya betul. Aku perlu move on. Tapi bolehkah aku?

KWANGMIN’S POV

Aku sudah muak dengan Na Eun. Dia sudah sakitkan hati orang yang aku sayangi. Lebih parah, orang yang aku sayang berada di hospital, kerana tindakan Na Eun.

      Aku menolak pintu wad bernombor 902. Nam Joo yang terbaring lemah menghadiahkan aku senyuman manisnya. Saat itu tiada siapa tahu betapa gembiranya hati aku.

       “Annyeong oppa. Sekolah tadi macam mana?” Nam Joo bertanya perihal sekolah. Aku menceritakan tentang kejayaan aku sahaja. Tidak mahu beritahu perihal Na Eun tadi.

       “Na Eun macam mana? Dia sihat? Dia tak pernah lawat Nam Joo.” Aku mengeluh. Nam Joo sangat baik. Sebab itulah aku tertarik pada dia.

      “Dia okey.” Aku bohong. Kening Nam Joo berkerut.

      “Oppa... cakap betul-betul.” Nam Joo bagaikan tahu yang aku bohong padanya.

      “Dia kirim salam. Bila Nam Joo boleh keluar wad?” Aku menukar topik. Tak sanggup menipu orang yang disayangi.

      “Dua tiga hari lagi. Tak sabarnya! Nanti kite pergi Lotte World sama-sama nak?” Nam Joo membuat aegyo. Aku ketawa. Nam Joo kebudak-budakan.


                                       (http://www.youtube.com/watch?v=lyGWKTI035E&feature=related)

NAEUN’S POV

FLASHBACK

Sudah terkena sasaran. Pasu bunga yang aku pegang dilepaskan. Terdengar dentuman kecil di tingkat bawah. Aku lari ke tempat dentuman tersebut.

         Semua pelajar Sekolah Y mengerumuni tingkat bawah. Darah merah mengalir pada lantai. Aku menangis tanpa aku sedar. Apa yang aku sudah buat tadi? Baling pasu bunga plastik kecil pada Namjoo, sepupu aku sendiri. Gara-gara Kwangmin.

         Namjoo terbaring tidak sedar. Kwangmin menjerit seperti histeria. Perkataan yang terpacul pada bibirnya hanya ‘Andwae’ (tidak) dan ‘Namjoo’. Pelajar-pelajar segera menelefon ambulans. Guru-guru juga panik. Aku hanya memerhati dari belakang. Menangis mengenang perbuatan yang aku lakukan.

2 DAYS LATER

Aku selamat. Mengikut undang-undang, aku sepatutnya dipenjara. Namun, Namjoo yang sudah tersedar dari koma menjamin aku. Dia sangat baik. Mungkin sebab itu Kwangmin sayang pada Namjoo lebih dari aku.

Maafkan aku, Namjoo.

END OF FLASHBACK

Seseorang mencubit bahu aku. Youngmin menghiasi mukanya dengan senyuman. Tangannya memegang sebakul buah dan sejambak bunga lavender.

        “Kau nak ikut? Aku nak pergi dengan Kwangmin. Kesian Namjoo, dia tunggu kau lawat dia.” Youngmin mengajak aku ke hospital.

        “Tak pelah. Aku... tak ready lagi. Kau kirim salam kat dia, okey?” Aku menolak pelawaan Youngmin dengan baik.

         “Jomlah. Namjoo tu sepupu kau. Kesian dia.” Youngmin masih mengajak. Aku berfikir sejenak. Lantas aku mengikut Youngmin. Dia tersenyum girang. Aku pula berdebar-debar. Harapnya Namjoo tak marah pada aku.