NAEUN’S POV
Mata aku fokus pada Kwangmin. Hanya Kwangmin. Dia tersenyum penuh riang. Mungkin kerana kemenangan yang dia sumbangkan pada sekolah sebentar tadi. Aku segera menarik lengan Kwangmin.
“Kwangmin oppa.” Aku merengek bagai anak kecil. Dia terkejut. Dia menepis lengannya. Bebola matanya merah.
“Yah! Jangan panggil aku oppa!” Kwangmin meninggikan volume suaranya. Rakan-rakannya ‘boo’ pada aku. Pelajar-pelajar yang lain juga menjeling aku. Aku dibaling makanan-makanan di kafeteria. Terlalu besarkah salah aku?
“Yah!” Aku menjerit. Aku tak tahan. Namun aku tak akan lepaskan Kwangmin.
Secara tiba-tiba balingan makanan-makanan berhenti. Youngmin, kembar Kwangmin berdiri di hadapan aku. Uniform sekolah putihnya terkena sedikit makanan-makanan. Mukanya tenang. Pelajar-pelajar tadi menikus.
“Balinglah makanan-makanan tu kat aku! Aku pun nak rasa!” Youngmin mendepakan lengannya. Matanya menjeling adik kembarnya, Kwangmin.
Youngmin menarik lenganku. Kami beredar dari kafeteria sekolah. Tangga-tangga yang kami naiki menghantar kami ke rooftop. Mukanya serius. Tidak seperti di dalam kelas.
“Mianhae. Adik aku berkasar dengan kau.” Kami bercakap face-to-face. Dengan penuh serius.
Aku senyap. Uniform aku sudah kotor. Kasut sekolahku juga bagaikan sudah dilumur benda yang jijik.
“Aku patut berhenti. Aku tak patut terus berharap.” Kata-kata itu terpancul secara spontan. Bayangan Namjoo berada di kepalaku.
“Kau terlalu sayangkan Kwangmin. Kau tak mahu dia berada di tangan orang lain. Na Eun, you have to learn that sometimes it isn't love. It's just a feeling, a sudden feeling & you just overreacted.” Youngmin memelukku yang sudah berbau busuk.
Aku menangis dalam dakapan Youngmin. Mungkin, kata-katanya betul. Aku perlu move on. Tapi bolehkah aku?
KWANGMIN’S POV
Aku sudah muak dengan Na Eun. Dia sudah sakitkan hati orang yang aku sayangi. Lebih parah, orang yang aku sayang berada di hospital, kerana tindakan Na Eun.
Aku menolak pintu wad bernombor 902. Nam Joo yang terbaring lemah menghadiahkan aku senyuman manisnya. Saat itu tiada siapa tahu betapa gembiranya hati aku.
“Annyeong oppa. Sekolah tadi macam mana?” Nam Joo bertanya perihal sekolah. Aku menceritakan tentang kejayaan aku sahaja. Tidak mahu beritahu perihal Na Eun tadi.
“Na Eun macam mana? Dia sihat? Dia tak pernah lawat Nam Joo.” Aku mengeluh. Nam Joo sangat baik. Sebab itulah aku tertarik pada dia.
“Dia okey.” Aku bohong. Kening Nam Joo berkerut.
“Oppa... cakap betul-betul.” Nam Joo bagaikan tahu yang aku bohong padanya.
“Dia kirim salam. Bila Nam Joo boleh keluar wad?” Aku menukar topik. Tak sanggup menipu orang yang disayangi.
“Dua tiga hari lagi. Tak sabarnya! Nanti kite pergi Lotte World sama-sama nak?” Nam Joo membuat aegyo. Aku ketawa. Nam Joo kebudak-budakan.
(http://www.youtube.com/watch?v=lyGWKTI035E&feature=related)
(http://www.youtube.com/watch?v=lyGWKTI035E&feature=related)
NAEUN’S POV
FLASHBACK
Sudah terkena sasaran. Pasu bunga yang aku pegang dilepaskan. Terdengar dentuman kecil di tingkat bawah. Aku lari ke tempat dentuman tersebut.
Semua pelajar Sekolah Y mengerumuni tingkat bawah. Darah merah mengalir pada lantai. Aku menangis tanpa aku sedar. Apa yang aku sudah buat tadi? Baling pasu bunga plastik kecil pada Namjoo, sepupu aku sendiri. Gara-gara Kwangmin.
Namjoo terbaring tidak sedar. Kwangmin menjerit seperti histeria. Perkataan yang terpacul pada bibirnya hanya ‘Andwae’ (tidak) dan ‘Namjoo’. Pelajar-pelajar segera menelefon ambulans. Guru-guru juga panik. Aku hanya memerhati dari belakang. Menangis mengenang perbuatan yang aku lakukan.
2 DAYS LATER
Aku selamat. Mengikut undang-undang, aku sepatutnya dipenjara. Namun, Namjoo yang sudah tersedar dari koma menjamin aku. Dia sangat baik. Mungkin sebab itu Kwangmin sayang pada Namjoo lebih dari aku.
Maafkan aku, Namjoo.
END OF FLASHBACK
Seseorang mencubit bahu aku. Youngmin menghiasi mukanya dengan senyuman. Tangannya memegang sebakul buah dan sejambak bunga lavender.
“Kau nak ikut? Aku nak pergi dengan Kwangmin. Kesian Namjoo, dia tunggu kau lawat dia.” Youngmin mengajak aku ke hospital.
“Tak pelah. Aku... tak ready lagi. Kau kirim salam kat dia, okey?” Aku menolak pelawaan Youngmin dengan baik.
“Jomlah. Namjoo tu sepupu kau. Kesian dia.” Youngmin masih mengajak. Aku berfikir sejenak. Lantas aku mengikut Youngmin. Dia tersenyum girang. Aku pula berdebar-debar. Harapnya Namjoo tak marah pada aku.
No comments:
Post a Comment