Welcome to Little Blue Cafe :)|| Fanfic List or My Official Blog

We Were In Love (2)



YOUNGMIN’S POV


“Saranghaeyo, oppa. Kenapa oppa buat macam ni kat Na Eun?” Suara Na Eun merintih menarik perhatianku.

         “It’s over, Na Eun. Aku sayang Namjoo. Kita dah break, remember? Just... stop.” Suara adik kembarku berkeras.

         Telinga aku menangkap lagi perbualan antara Na Eun dan Kwangmin.

          “Saranghae Kwangmin. Kenapa pilih Namjoo? Everything’s fine until she’s came out of nowhere. We’re the happy couple. Orang semua padankan kita berdua. Sampailah Namjoo berada di sini.”

          “Dia baik. Kau? Menggatal dengan laki lain bila aku takde. Kau tak setia, Na Eun.”

          Suasana senyap. Tangisan merintih kedengaran.

         “Contohnya, abang aku. Kau menggatal dengan abang aku. Kenapa?” Kwangmin berkeras.

         “Saranghae Kwangmin-oppa. Saranghaeyo.”

         “Aku gelilah dengar ayat kau! Blah! Aku benci tengok kau! Sebab kau, Namjoo ada di hospital!” Tamparan kuat bergema di hallway hospital. Na Eun terduduk. Dia menangis. Aku memunculkan diri.

          Kwangmin berjalan melepasi aku. Dia menjeling aku. Aku mengangkat Na Eun yang terduduk. Dia menangis. Dia membenamkan wajahnya pada dadaku.

          “Aku penggatal ke, Youngmin?  Aku ni jahat ke, Youngmin?” Soalan itu ditujukan pada aku.

         “Tak, Na Eun. You’re perfect. Saranghaeyo, Na Eun.” Kata-kata itu terkeluar dari mulut aku. Sememangnya aku menyukai Na Eun sejak kali pertama aku melihat wajah Na Eun. Mata kami bertaut. Terasa debaran kencang pada dadanya.

KWANGMIN’S POV

Doktor Yui memeriksa keadaan Namjoo. Namjoo nampak lemah, tidak seperti semalam. Dia tak mampu senyum padaku.

          Pemeriksaan selesai. Dahi Doktor Yui berkerut. Dia menyuruh aku mengikutnya ke biliknya. Aku hanya menurut.

         “Keadaan Namjoo tenat. Dia hampir terkena hilang ingatan.” Aku terkejut. Tak mungkin. Emosiku berkecamuk. Kolar baju Doktor Yui aku tarik sekuat hatiku.

          “Tak mungkin. Tumor tu dah dibuang. Macam mana dia boleh hilang ingatan?!” Aku tak boleh terima kata-kata Doktor Yui.

          “Sebelum pembedahan, saya dah beritahu, ada dua kemungkinan sekiranya pembedahan ini berjaya. Namjoo mungkin sihat kembali atau hilang ingatan. Dalam kes Namjoo, dia  terkena hilang ingatan. Dia ada mengadu sakit kepala selepas pembedahan?” Doktor Yui bertanya dalam lembut. Mungkin memahami yang aku sedang berfikiran berkecamuk.

          “Ada.” Aku melepaskan kolar Doktor Yui. Aku meraup wajahku.

         “Sabarlah. Let’s just hope for miracles.” Doktor Yui menepuk bahuku. Mahu memberi semangat.

                                                (http://www.youtube.com/watch?v=ULPh57XsCgg)

NAEUN’S POV

 Secara tiba-tiba dia jadi hero pada kejadian aku dibaling makanan.Confession Youngmin mengejutkan aku. Dia sukakan aku? Aku silap dengar ke? Dia lansung tak pernah pandang aku.

         “I’m serious.” Youngmin merenung aku. Bola mata kami berlaga. Aku senyum.


         “Ye ke? Youngmin yang aku kenal suka confess benda-benda mengarut. Lagi satu, Youngmin yang aku kenal ni playboy.” Aku cuba membangkitkan suasana ceria.

          “Oh, sebab tulah kau minat Kwangmin dan bukan aku?” Youngmin pura-pura merajuk.

          “Pembetulan, aku dan Kwangmin pernah couple jadi tiada unsur minat, okey!” Aku... mungkin sudah terima hakikat.

          “Hahaha. Okey. Jangan marah. Tapi, kalau hati kau terbuka untuk aku, kau jangan suka aku sebab muka aku sama dengan Kwangmin, ye? Kau kena suka aku sebab aku adalah aku.” Youngmin sudah berangan-angan.

           “Hmm, kalau hati aku terbuka untuk kau.” Aku menjelir lidah. Kononnya mahu jual mahal.

           “Na Eun...” Youngmin memanggilku lembut. Aku memalingkan kepalaku pada Youngmin.

           “Kau gembira sekarang ni, kan?” Youngmin meneka. Aku tersenyum. Pipi Youngmin yang lembut kucium. Ya, Youngmin. Aku gembira berada dengan kau.

No comments:

Post a Comment