KWANGMIN’S POV
Dua bulan selepas itu.
Aku dan Namjoo berada di Lotte World. Mukanya ceria. Tetapi tidak seceria sebelum ini. Dia mungkin terlupa janji aku padanya, membawanya ke Lotte World sebaik sahaja dia keluar dari hospital.
“Namjoo, jagiya.” Aku memanggil Namjoo penuh manja. Namjoo berlari pada aku.
“Kenapa kita ke sini, Kwangmin?” Namjoo bertanya. Dia memandang pelik keadaan Lotte World yang crowded itu.
“Namjoo mesti tak ingat. Kwangmin janji nak bawa Namjoo ke Lotte World sebaik saja Namjoo keluar dari hospital.” Aku senyum manis padanya. Walaupun hati aku terguris. Siapa yang tidak terasa hati apabila girlfriendnya lupa segala-galanya. Namun, aku mahu mengingatkan segala-galanya pada Namjoo.
“Oh...” Namjoo kehilangan kata-kata. Dia memang tak ingat semua itu. Dia... dah hilang ingatan. Bersabarlah, Kwangmin. Bersabar.
2 JAM BERADA DI LOTTE WORLD
Namjoo menarik hujung bajuku. Seperti budak kecil pula. Aku memandangnya. Dia menunding pada seorang lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan. Mereka gembira. Mereka...
“Kwangmin, awak ada kembar?” Namjoo memandangku pelik.
“Ada. Nama dia Youngmin. Jom pergi pada mereka.” Aku mengajaknya ke Youngmin. Youngmin dan Na Eun.
Youngmin yang menyedari aku berlari ke arahnya berhenti. Begitu juga Naeun.
Kami berdiri tepat-tepat di hadapan Youngmin dan Na Eun. Baru sahaja mahu memperkenalkan Youngmin dan Na Eun pada Namjoo, Namjoo menampar pipi Na Eun. Na Eun terkejut. Begitu juga aku dan Youngmin.
“Aku dah ingat. Kau, Na Eun. Kau yang buat aku macam ni. Kau yang buat aku hilang ingatan. Kau tak layak digelar sepupu aku. Kau!” Namjoo menjerit. Dia sudah kembali ingat dengan hanya memandang Na Eun.
Air mata Na Eun jatuh bercucuran. Aku menenangkan Namjoo. Antara aku dan Na Eun sudah tiada apa-apa. Na Eun pun sekarang sudah couple dengan Youngmin. Tetapi... Namjoo masih salah faham. Dan dia mugkin tak ingat betapa tulusnya hatinya menjamin Na Eun saat Na Eun terkena hukuman penjara.
“Namjoo, janganlah macam ni. Kwangmin dah tak bersama dengan Na Eun. Dan Na Eun couple dengan Youngmin. Namjoo ingat tak betapa baiknya hati Namjoo jamin Na Eun dari masuk penjara?” Aku memegang dua bahunya.
Namjoo menangis. Emosinya berkencang. Antara marah dan sedih. Aku cuba menenangkannya. Na Eun memegang tangan Namjoo yang mulus.
“Mianhae Namjoo.Namjoo dah banyak kena dugaan dan semuanya sebab Na Eun. Mianhae.” Na Eun melutut di hadapan Namjoo. Na Eun melutut di tengah-tengah Lotte World. Na Eun yang dulu tinggi egonya runtuh dengan hanya mendengar herdikan Namjoo.
Youngmin mengangkat Na Eun. Tidak betah melihat Na Eun memalukan dirinya di khayalak ramai. Na Eun memeluk Namjoo. Namjoo pula hanya diam. Air matanya bercucuran. Pengunjung-pengunjung Lotte World berhenti melihat drama sebabak.
Nam Joo...
Kau bukan macam ni dulu...
Na Eun menangis memeluk Namjoo. Namjoo pula tidak membalas pelukan Na Eun. Sebaliknya dia menangis. Dia kecewa. Dia kecewa terhadap Na Eun. Na Eun yang dahulunya menggilai aku dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memisahkan aku dan Namjoo.
“Na Eun... kenapa? Kenapa, Na Eun?” Namjoo membalas pelukan Na Eun.
“Nam joo... mianhae. Mianhae Namjoo. Na Eun dah banyak buat salah pada Namjoo.” Mereka berdua terduduk. Youngmin hanya tersenyum. Apabila bola mata aku dan Youngmin berlaga, aku hanya mampu mengangguk.
AUTHOR’S POV
Sudah lima tahun berlalu. Hubungan Kwangmin dan Namjoo kekal. Manakala Youngmin dan Na Eun sudah menimang cahaya mata kembar. Keadaan di dewan gamat. Semuanya fokus pada Kwangmin dan Namjoo. Kwangmin segak memakai tuksedo putih. Namjoo pula tersenyum bahagia memakai gaun putih berlabuci.
Anak kembar Youngmin dan Na Eun pula menjadi ‘flowergirl’ dan ‘flowerboy’ kepada pengantin tersebut. Hari ini, adalah hari yang bermakna buat Kwangmin, Namjoo, Na Eun dan Youngmin. Pada hari inilah terjadinya peristiwa Kwangmin dan Namjoo bersatu. Meniti hari-hari yang mendatang bersama.
Namjoo dan Na Eun sudah berbaik. Na Eun sudah mempelajari bahawa ego bukanlah sesuatu benda yang bagus. Namjoo juga mengekalkan sikap baik hatinya yang berada di hatinya sebelum dia hilang ingatan. Kwangmin dan Youngmin pula masing-masing sudah matang. Mereka juga semakin saling memahami. Rentetan kisah mereka berakhir dengan happily ever after. Mereka menjadi keluarga besar yang bahagia. Mereka menjadi 'sahabat' yang setia.
THE END official blog
No comments:
Post a Comment